Hotel Stanley
Kononnya,Hotel Stanley yang terletak di kaki Gunung Rocky dipenuhi hantu.Banyak orang terdengar bunyi kanak-kanak bermain serta gelak ketawa yang pelik pada waktu malam.Ini menjadikan hotel tersebut diselimuti oleh suasana seram.Filem seram klasik Amerika Syarikat, 'The Shining' juga difilemkan di sini.
Hull House
Pada masa lalu,orang berhijrah ke Amerika Syarikat tinggal di Hull House untuk sementara waktu.Menurut mereka,roh kanak-kanak sering kelihatan di dalam bangunan tersebut.Dikatakan,hantu itu bermata merah dan dapat menembusi dinding.Setiap orang yang terlihat hantu itu pasti terpaku dalam ketakutan.
Kubu McHendry
Kubu McHendry ialah kubu pertahanan Angkatan Tentera Kesatuan ketika Perang Saudara Amerika Syarikat dahulu.Banyak askar mengaku bahawa mereka pernah terlihat hantu di sini.Seorang pelancong pernah terperangkap di dalam penjara bawah tanah yang gelap-gelita selama 3 jam akibat pintu besi terkunci tanpa sebab.
Ladang Bell
Ladang Bell yang terletak di Tennnessee,Amerika Syarikat adalah antara 10 tempat berhantu yang terkenal di dunia.Khabarnya,ada seorang perempuan sihir bernama Bell yang sering muncul di ladang itu.
Rumah Berhantu di Amityville
Satu kes pembunuhan yang kejam pernah berlaku dalam rumah ini.Anak lelaki tuan rumah yang berumur 23 tahun menembak kedua-dua orang tuanya dan empat orang adik-beradiknya.Selepas kes pembunuhan itu,rumah itu sering dikatakan berhantu.Menurut khabar,setiap malam pada masa kejadian tersebut,iaitu pada pukul 3.15 pagi, fenomena pelik seperti katil bergerak sendiri atau entiti hantu dapat dilihat.Kisah rumah ini juga telah beberapa kali dijadikan filem.
Ladang Myrtles
Kononnya,tempat ini mempunyai sebuah cermin yang boleh memantulkan imej hantu.Apabila melihat cermin,hantu yang menakutkan akan kelihatan berkeliaran atau menaiki tangga.

I lap you!!!!
ReplyDeleteLap you too
Delete